Skip to main content

Dunia

Warga emas meninggal dunia selepas aktiviti selam di Pulau Tioman

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas meninggal dunia selepas aktiviti selam di Pulau Tioman
Diterbitkan : 06 Jul 2025 04:16PM Dikemas Kini : 06 Jul 2025 04:19PM
KUANTAN: Seorang lelaki warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas melakukan aktiviti menyelam di pantai Kampung Paya, Pulau Tioman di Malaysia pada Sabtu (5 Jul).

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mangsa, Low Choon Foi, 72 tahun, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terbaring di tepi pantai kira-kira 7.40 malam oleh rakannya, selepas mereka ke lokasi itu untuk menyelam sekitar 6.30 petang.

"Rakan mangsa kemudian mendapatkan bantuan pihak pengurusan tempat penginapan mereka untuk membawa Low ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek, sebelum beliau disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 9.20 malam," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Encik Sharif Shai berkata pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah, dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti menyelam supaya memastikan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal berada dalam keadaan baik.
 
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita