Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga emas mengaku tidak bersalah lakukan persetubuhan luar tabii dengan kambing betina

Kejadian di Rawang, Selangor itu disedari seorang wanita yang terdengar bunyi mengembek dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas mengaku tidak bersalah lakukan persetubuhan luar tabii dengan kambing betina

Shaari Hasan (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 25 Nov 2021 11:33PM Dikemas Kini : 25 Nov 2021 11:35PM

KUALA KUBU BHARU: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini (25 Nov) atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina di belakang rumah jirannya, Julai lalu.

Shaari Hasan, 60 tahun, didakwa melakukan perbuatan itu di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang pada 1.30 tengah hari, 27 Julai lalu. Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau rotan, mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Shaari, yang memakai baju kemeja bercorak flora mengangguk faham dan mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Bagaimanapun, ketika ditunjukkan barang kes iaitu pakaian miliknya yang dirampas semasa kejadian iaitu sehelai baju T berwarna hijau dan seluar panjang berwarna coklat, lelaki itu tidak mengakui kedua-dua pakaian berkenaan adalah miliknya.

Hakim Nurul Mardhiah kemudian bertanya kepada tertuduh: “Adakah baju dan seluar itu milik kamu?” dan tertuduh, yang merupakan seorang duda menjawab, "Bukan”.

Hakim berkata pengakuan salah tertuduh tidak boleh diterima memandangkan dia tidak mengakui barang kes tersebut dan meminta pertuduhan terhadap lelaki itu dibacakan sekali lagi dan tertuduh mengaku tidak bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah tidak menawarkan ikat jamin memandangkan kesalahan itu adalah serius, namun peguam Zolazrai Zolkapli yang mewakili tertuduh memohon ikat jamin dibenarkan kerana anak guamnya tinggal seorang diri.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan kejadian itu disedari seorang wanita berusia 45 tahun yang terdengar bunyi mengembek dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya.

Menurut polis, wanita berkenaan yang pergi ke kandang kambing itu mendapati, seorang lelaki yang dikenalinya berada dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing milik wanita tersebut.

Selepas menyedari kehadiran wanita terbabit, suspek melarikan diri dan hasil pemeriksaan mendapati, kambing betina yang menjadi mangsa lelaki itu telah mati.

Sumber : Bernama/IH/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan