Skip to main content

Dunia

Warga emas maut di M'sia dipercayai dipanah petir

Seorang warga emas ditemui meninggal dunia dengan kesan luka di bahagian kiri kepala dan kesan terbakar pada rambut, dipercayai disambar petir di kebun buah-buahan miliknya di Kampung Kuala Jengai di Dungun pada Khamis petang (1 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas maut di M'sia dipercayai dipanah petir

(Gambar fail)

Diterbitkan : 02 Apr 2021 07:21PM Dikemas Kini : 02 Apr 2021 07:23PM

DUNGUN: Seorang warga emas ditemui meninggal dunia dengan kesan luka di bahagian kiri kepala dan kesan terbakar pada rambut, dipercayai disambar petir di kebun buah-buahan miliknya di Kampung Kuala Jengai di Dungun pada Khamis petang (1 Apr).

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata, mangsa Abd Wahab Talib, 63, ditemui di bawah tempat berteduh yang ditutup dengan atap zink, dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anak perempuannya Nur Eliesya Bathrieysya kira-kira pada pukul 4.00 petang.

“Sebelum kejadian mangsa dikatakan telah keluar ke kebun miliknya selepas solat Zohor dan kira-kira pukul 4.00 petang, anak perempuan mangsa berasa tidak sedap hati sebelum pergi mencari mangsa di kebun.

“Nur Eliesya yang melihat bapanya tidak sedarkan diri cuba mengejutkan bapanya, namun tidak mendapat sebarang tindak balas dan dipercayai telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi pemberita .

Supt Baharudin berkata hasil siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang kesan kebakaran dan tiada unsur jenayah.

Tambah beliau lagi mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita