Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga emas mangsa penipuan cinta, rugi lebih setengah juta kepada penipu menyamar sebagai doktor

Anggaran Waktu Membaca:

TAIPING: Seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM565,700 (S$177,352) dipercayai akibat diperdaya oleh seorang 'doktor' yang dikenalinya melalui platform media sosial tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat berkata mangsa berusia 68 tahun dan bekerja sebagai penjaga stor kilang diperdaya oleh suspek melalui modus operandi Love Scam secara online sejak tahun lepas hingga Mei tahun ini.

"Mangsa terpedaya selepas berkenalan dengan seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama sebagai Ding Nai Wei yang mendakwa seorang doktor sedang bekerja di Iraq," kata beliau dalam kenyataan pada Ahad (29 Mei).

Encik Osman berkata suspek merayu kepada mangsa untuk memasukkan sejumlah wang untuk dibayar kepada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya suspek dapat keluar dari Iraq dan berjanji akan memberikan wang sebanyak RM5 juta (S$1.5 juta) kepada mangsa apabila suspek sampai di Malaysia.

"Rayuan suspek menjerat mangsa sehingga mangsa melakukan 69 kali transaksi ke dalam 13 akaun bank iaitu 12 kali transaksi melalui Maybank dan sekali melalui CIMB Bank," kata beliau.

Menurut Encik Osman sebanyak 11 kali urus niaga dilakukan ke dalam akaun penama Brayen Robson Anak Sito dan sekali atas akaun penama Ho Yee Mun serta satu kali urus niaga menggunakan CIMB Bank di akaun penama Clayton Roland.

Kata beliau, semua urus niaga wang berkenaan dilakukan mangsa melalui mesin ATM di Maybank Cawangan Taiping bermula dari 4 Oktober 2021 hingga 21 Mei tahun ini.

"Mangsa tidak pernah bertemu dengan doktor tersebut sepanjang perkenalan mereka dan mangsa hanya berhubung di aplikasi WhatsApp" kata beliau.

Encik Osman berkata mangsa sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Taiping Sabtu (28 Mei) setelah menyedari dirinya diperdaya suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan