Skip to main content

Dunia

Warga emas ditipu RM87,400 akibat kenalan media sosial yang kononnya dikuarantin

Hasrat pesara wanita warga emas membantu rakan yang hanya dikenali menerusi laman sosial membawa padah, selepas mendakwa kerugian RM87,400 (S$28,671) akibat diperdaya lelaki berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas ditipu RM87,400 akibat kenalan media sosial yang kononnya dikuarantin

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Frederic J Brown)

Diterbitkan : 24 Dec 2020 11:59AM Dikemas Kini : 24 Dec 2020 12:01PM

KUANTAN: Hasrat pesara wanita warga emas membantu rakan yang hanya dikenali menerusi laman sosial membawa padah, selepas mendakwa kerugian RM87,400 (S$28,671) akibat diperdaya lelaki berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 60 tahun mendakwa, berkenalan dengan suspek yang kononnya menetap di Amerika Syarikat menerusi Facebook sekitar Oktober lepas.

“Mangsa mendakwa suspek ada memaklumkan akan menetap di Terengganu selama tiga tahun kerana memperoleh tender dengan sebuah syarikat minyak dan dijangka tiba ke negara ini sekitar November.

“Pada pertengahan November lalu, suspek menghubungi mangsa untuk meminjam wang sebanyak RM87,400 (S$28,671) untuk bayaran kos kuarantin wajib suspek bersama lapan pekerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya kepada para wartawan pada Khamis (24 Dis).

Supt Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa bersetuju untuk meminjamkan wang itu dan telah melakukan lapan transaksi pemindahan wang dalam talian mulai 30 Nov hingga 18 Dis lalu ke akaun diberikan suspek.
Bagaimanapun, mangsa mulai curiga apabila mangsa memaklumkan dia memerlukan lagi wang sebanyak RM13,000 (S$4,265) menyebabkan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, semalam.

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.  

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita