Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga emas disangka mati; 4 pegawai China dipecat

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas disangka mati; 4 pegawai China dipecat

Gambar: Agensi berita/ South China Morning Post

BEIJING: Pihak berkuasa daerah memecat empat pegawai selepas seorang pesakit warga emas dari rumah jagaan Shanghai yang dipercayai mati dimuatkan ke dalam van jenazah.

Ia susulan video online yang menunjukkan dua orang yang kelihatan seperti pekerja bilik mayat meletakkan beg mayat itu di dalam sebuah kenderaan, lapor MalaysiaGazette.

Para pekerja itu kemudian kelihatan menarik keluar beg tersebut, lalu membukanya dan terdengar suara seseorang mengatakan dirinya masih hidup.

Insiden itu mencetuskan kemarahan meluas di media sosial China.

Tambah MalaysiaGazette lagi, pegawai di daerah Putuo Shanghai itu mengesahkan kejadian tersebut pada lewat Isnin (2 Mei) sambil menambah pesakit berkenaan sudah dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut pihak berkuasa daerah, lima pegawai dan seorang doktor sedang disiasat.

Identiti pesakit masih belum diketahui.

Mereka yang dipecat termasuk timbalan pengarah biro hal ehwal awam tempatan dan pengarah rumah jagaan.

Seorang doktor yang hanya dikenali dengan nama keluarganya Tian, juga telah dibatalkan lesen perubatannya.

Banyak pihak yang mengecam insiden itu menyifatkannya sebagai “penyelewengan tugas serius yang hampir membawa kepada kematian”, lapor MalaysiaGazette menerusi rencana BBC.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan