Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga emas di Thailand diberkas, lakukan rompakan semata-mata untuk makan percuma di penjara

Anggaran Waktu Membaca:

BANGKOK: Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun, menggemparkan Thailand baru-baru ini kerana menyerah diri untuk ditangkap selepas mencuri barangan dekat sebuah farmasi.

Kejadian luar biasa itu berlaku pada tengah hari 29 Julai lalu di sebuah farmasi di wilayah Chonburi, selatan Bangkok, lapor Oddity Central. 

Lelaki yang dikenali sebagai Phichit oleh polis pada mulanya ditangkap mencuri tiga sabun bernilai 17 baht (S$0.66) oleh kakitangan di farmasi berkenaan.

Premis itu memberi amaran yang sangat jelas terhadap kegiatan mencuri kedai dengan penjenayah boleh didenda sehingga 30 kali ganda nilai barang yang dicuri dan juga hukuman penjara.

Bagaimanapun, dalam kes itu kakitangan berkenaan sanggup melepaskan Phichit, malah seorang saksi kejadian menawarkan untuk membayar denda untuknya.

Phichit menolak dan meminta kakitangan menghubungi polis.

Phichit menuntut dia ditangkap atas jenayah dilakukan. Oleh itu, kakitangan farmasi berkenaan tidak mempunyai pilihan selain menurut permintaannya.

Ketika disoal siasat, Phichit memberitahu dia lebih suka menghabiskan masa di penjara kerana akan menerima makanan percuma tiga kali sehari dan bergaul dengan orang lain, bukannya di jalanan tanpa pekerjaan dan berisiko untuk mati kelaparan.

Tidak jelas bagaimana pegawai polis memilih untuk menangani situasi itu, namun kisah Phichit menjadi peringatan keadaan teruk yang dialami ramai rakyat Thai pada masa ini dengan inflasi mencecah paras tertinggi sejak 2008.

Menariknya, Phichit bukanlah individu pertama yang rela hati ditangkap.

Beberapa tahun lalu, seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) dilaporkan melakukan cubaan merompak bank hanya untuk ditangkap kerana mahu berjauhan dengan isteri yang kuat membebel.

Terdapat juga kes lelaki yang merompak sebuah bank tidak lama selepas menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan di luar tahanan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan