Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga emas di M'sia hadapi cabaran besar dakapi teknologi

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas di M'sia hadapi cabaran besar dakapi teknologi

(Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)



KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 dan sekatan-sekatan akibatnya, sudah memacu usaha pendigitalan di merata dunia.

Namun bagi warga emas di Malaysia, ia masih satu cabaran nyata dan ramai bergelut dengan usaha merapatkan jurang digital itu.

Seperti negara-negara lain, Malaysia juga menyaksikan keperluan pendigitalan yang pesat semasa pandemik dan perintah berkurung.

Walaupun sebilangan warga emas lebih celik digital, ramai lagi yang bergelut dengan pendigitalan.

Mujur bagi golongan warga emas di Petaling Jaya, terdapat bengkel celik digital untuk membantu mereka membuat penyesuaian.

Para sukarelawan membimbing mereka bagaimana untuk kekal terhubung dengan anggota keluarga melalui media sosial, menghantar mesej dan mendapat akses kepada peta digital.

Ini amatlah penting mentelah lagi kebanyakan tempat memerlukan orang ramai mengimbas aplikasi MySejahtera untuk menunjukkan bukti status vaksinasi serta risiko mereka sebelum dibenarkan masuk.

Walaupun ada daripada mereka lebih bersemangat daripada yang lain, para pakar berkata secara keseluruhan pandemik memaksa warga emas keluar dari zon selesa dan mengatasi fobia teknologi mereka.

Para pakar menambah agensi-agensi kerajaan, NGO termasuk sektor swasta perlu bekerjasama rapat demi memastikan tiada yang ketinggalan termasuk warga emas.

Ini sedang Malaysia mempercepatkan usaha pendigitalan bagi memacu pemulihan ekonomi.

Sumber : Bernama/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan