Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga emas berusia lebih 60 tahun diberi pilihan ambil dos penggalak kedua, dedah Menteri Kesihatan M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas berusia lebih 60 tahun diberi pilihan ambil dos penggalak kedua, dedah Menteri Kesihatan M'sia

Seorang pekerja perubatan memberikan suntikan dos vaksin Pfizer/BioNTech COVID-19 di Malaysia. (Gambar fail: Mohd RASFAN / AFP)

KUALA LUMPUR: Individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi di Malaysia kini diberi pilihan untuk mendapatkan vaksin dos penggalak kedua dengan selang masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu dibuat selepas kajian saintifik dan kajian kohort Malaysia oleh Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) mendapati individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko lebih tinggi mendapat gejala serius dan kematian akibat COVID-19.

“Buat masa ini, vaksin mRNA Comirnaty (Pfizer-BioNTech) merupakan vaksin yang disyorkan bagi dos penggalak kedua berdasarkan data saintifik yang tersedia,” katanya pada sidang media di Parlimen pada Khamis (14 Apr). 

Encik Khairy berkata, bagi individu berumur 60 tahun ke atas yang sudah lengkap mengambil dos penggalak dan didapati mengalami jangkitan COVID-19, mereka layak menerima dos penggalak kedua tiga bulan selepas mereka pulih sepenuhnya.

Bagi individu yang berumur 60 tahun ke atas yang sihat dan tidak mempunyai komorbiditi berisiko tinggi, beliau berkata mereka perlu berbincang dengan pengamal perubatan bagi mengesyorkan pengambilan dos penggalak kedua berdasarkan pertimbangan mereka.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan