Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga emas antara 6 terselamat dalam kejadian tanah runtuh di KL

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas adalah antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di Taman Halaman, Ampang, Kuala Lumpur pada petang Jumaat (9 Dis). 

Dalam kejadian itu, sebuah rumah yang didiami turut mengalami kerosakan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima aduan berhubung runtuhan itu pada pukul 6.14 petang, sebelum tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, digerakkan dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati daripada dua buah rumah yang terlibat, hanya sebuah rumah yang berpenghuni dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Runtuhan tebing berukuran anggaran 9 meter kali 15 meter persegi telah berlaku dan mengenai bahagian belakang dua buah rumah dengan satu rumah kosong dan satu rumah berpenghuni.

“Ketika kejadian, dalam rumah berpenghuni itu terdapat enam orang iaitu seorang wanita warga emas berusia 70-an tahun, seorang lelaki dan seorang wanita dewasa masing-masing berusia 40-an tahun dan tiga remaja perempuan berumur antara 10 hingga 16 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Encik Norazam berkata kesemua mereka dinasihatkan keluar dari rumah buat sementara waktu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Beliau berkata ketika ini, bomba sedang membuat pemantauan di lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan