Warga China dipenjara selepas dituduh hina agama di Pakistan
Anggaran Waktu Membaca:
PESHAWAR: Sebuah mahkamah di Pakistan memutuskan seorang warga China yang diberkas atas tuduhan menghina agama, ditahan di penjara selama dua minggu sementara menunggu perbicaraan bagi kes tersebut, lapor seorang pegawai polis pada Selasa (14 Apr).
Di bawah undang-undang menghina agama yang kontroversial itu, sesiapa yang didapati bersalah kerana menyebut kata-kata kufur boleh dijatuhi hukuman mati di Pakistan.
Seorang lelaki warga China, yang dikenal pasti polis sebagai Tian, diberkas pada Ahad malam (16 Apr), beberapa jam setelah beratus-ratus penduduk dan pekerja buruh yang sedang mengusahakan projek empangan di bandar Komela di barat laut Pakistan, menyekat lebuh raya utama untuk berhimpun dan menuntut agar dia ditangkap.
Tian adalah sebahagian daripada sebuah kumpulan warga China yang sedang bekerja di Empangan Dasu, projek tenaga kuasa hidro terbesar di Pakistan. Dia dituduh oleh pekerja-pekerja buruh warga Pakistan atas kesalahan menghina agama setelah dia didapati mengkritik dua pemandu yang bekerja bagi projek yang sama bahawa mereka mengambil masa terlalu lama untuk mengerjakan solat semasa bertugas.
Tian kemudian dibawa menaiki sebuah helikopter dari barat laut Pakistan ke mahkamah di bandar Abottabad, di mana dia mengaku tidak bersalah pada Isnin (17 Apr).
Tian juga menegaskan bahawa dia tidak menghina Islam mahupun Nabi Muhammad, menurut Arshad Khan, seorang pegawai polis tempatan.
Di Beijing, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menjelaskan bahawa kedutaan negara itu di Islamabad sedang memantau situasi tersebut.
"Pemerintah China sentiasa meminta warga China di luar negara supaya mematuhi undang-undang serta peraturan negara tuan rumah mereka serta menghormati adat dan tradisi tempatan," tegas Encik Wang kepada para wartawan di satu sidang media.
Pihak berkuasa Pakistan menarik perhatian bahawa penangkapan Tian menyelamatkannya daripada orang ramai dan kemungkinan serangan oleh penduduk-penduduk tempatan yang naik berang.

Sumber : AP/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.