Warga AS bergelut penuhi keperluan hidup dek inflasi tinggi
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP
NEW YORK: Ramai penduduk Amerika Syarikat (AS) yang tinggal di kawasan paling teruk terjejas dek inflasi berdepan kesukaran untuk memenuhi keperluan hidup.
Demikian menurut laporan khas yang disiarkan oleh CNN pada Khamis (28 Jul), mengambil California sebagai contoh.
Kawasan berkenaan menyaksikan kadar inflasi tahunan sehingga 9.4 peratus pada Mei, menjadi angka tertinggi di AS dengan kadar inflasi di semua kawasan bandar yang dikaji Indeks Harga Pengguna Jabatan Buruh mencatatkan paras 8.5 peratus pada Mei, menurut laporan itu.
Di California, harga purata bagi gas adalah yang tertinggi di seluruh negara.
Kenaikan harga makanan dan minyak di kawasan itu menyebabkan penduduk tempatan terpaksa mencari kaedah baru untuk berjimat dan menambah pendapatan tambahan.
Selain memotong perbelanjaan bagi daging dan mengelak daripada menggunakan kenderaan, ramai penduduk mula mengumpul barangan yang boleh dikitar semula untuk mendapatkan wang tambahan.
Ada sesetengah penduduk mencari barangan pasar yang menawarkan potongan harga dan ramai lagi terpaksa bergantung kepada bank makanan tempatan untuk mendapatkan bantuan.
Inflasi di AS kekal tinggi sejak empat dekad dan memaksa Rizab Persekutuan AS menguatkuasakan kenaikan lagi 75 mata asas pada Rabu (27 Jul), kenaikan kadar berturut-turut dalam tempoh beberapa dekad.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.