Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga Australia tersalah dipenjara 19 tahun dapat ganti rugi lebih S$6 juta

Seorang ahli ekonomi warga Australia yang menghabiskan hampir dua dekad di penjara bagi kesalahan membunuh seorang pegawai polis berpangkat tinggi, yang dia tidak lakukan, diberi pampasan berjumlah lebih AUS$7 juta (S$6 juta) pada Isnin (14 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Australia tersalah dipenjara 19 tahun dapat ganti rugi lebih S$6 juta

Bahagian luar bangunan Mahkamah Agung New South Wales di Sydney. (Gambar: William WEST/AFP)

Diterbitkan : 14 Oct 2019 11:03PM Dikemas Kini : 14 Oct 2019 11:04PM

SYDNEY: Seorang ahli ekonomi warga Australia yang menghabiskan hampir dua dekad di penjara bagi kesalahan membunuh seorang pegawai polis berpangkat tinggi, yang dia tidak lakukan, diberi pampasan berjumlah lebih AUS$7 juta (S$6 juta) pada Isnin (14 Okt).

Bekas pegawai awam, David Eastman, disabitkan kesalahan membunuh pegawai polis persekutuan Australia, Colin Winchester, pada 1995 dan dihukum penjara seumur hidup.

Eastman, yang mengekalkan pendirian tidak bersalah dan mengemukakan rayuan beberapa kali, dibebaskan pada 2014 selepas sabitan ke atasnya digugurkan.

Mahkamah Agung Wilayah Ibu Kota Australia (ACT) mengarahkan kerajaan membayar pampasan berjumlah lebih AUS$7 juta ke atas beliau.

Eastman memohon pampasan sekurang-kurangnya AUS$18 juta (S$16 juta).

Lelaki berusia 74 tahun itu memberitahu mahkamah beliau bukan sahaja kehilangan peluang untuk memiliki keluarga serta meneruskan kerjayanya, ibu dan saudara perempuannya juga meninggal dunia ketika beliau meringkuk di dalam penjara.

Mahkamah juga diberitahu bagaimana beliau menyaksikan satu pembunuhan ketika di penjara dan mengalami kecacatan penglihatan pada sebelah mata selepas diserang banduan lain pada tahun 2006.

Peguam Sam Tierney memberitahu media di luar mahkamah di Canberra bahawa anak guamnya 'amat gembira' dengan keputusan tersebut.

“Beliau kehilangan sebahagian besar kehidupan dan tentunya mempunyai beberapa rancangan penting tentang apa yang akan dilakukan dengan wang itu,” kata peguam berkenaan.

Winchester ditembak mati ketika keluar dari kereta dekat rumahnya di pinggir bandar Canberra pada 1989.

Tiada siapa yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu. 

Sumber : AFP/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa