Skip to main content

Dunia

Warga asing masih tidak dibenar solat berjemaah di masjid, surau M'sia

 Warga asing masih tidak dibenarkan untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid dan surau di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga asing masih tidak dibenar solat berjemaah di masjid, surau M'sia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 03 Jul 2020 06:29PM Dikemas Kini : 03 Jul 2020 06:31PM

KUALA LUMPUR: Warga asing masih tidak dibenarkan untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid dan surau di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat untuk membenarkan warga asing solat berjemaah di masjid dan surau, pihaknya perlu meneliti laporan daripada pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengetahui keadaan di masjid dan surau yang kini sudah mula dibuka.

“Kita mahu lihat laporan daripada JAWI (mengenai masjid di bawah JAWI) dan beberapa tempat lain. Sekiranya (keadaan) stabil dan tidak menjadi masalah maka pada masa itu kita akan dapat satu keputusan. 

"Kita rasa dalam masa sebulan dua lagi kita boleh selesaikan masalah ini," katanya kepada wartawan selepas menghadiri program Misi Musa'adah Pasca COVID-19 Bank Makanan JAWI hari ini (3 Jul). 

Dr Zulkifli dalam satu kenyataan hari ini berkata pelaksanaan solat Jumaat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kini diperluaskan dengan memberi kebenaran kepada surau-surau dan dewan-dewan yang sesuai untuk mendirikan solat Jumaat.

Menurut beliau lagi, pelaksanaan solat Jumaat juga diperluaskan dengan memaksimumkan penggunaan kawasan atau ruang solat di masjid dan surau Jumaat sedia ada.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita