Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga asing lebih mudah kunjung Thailand mulai 1 Julai

Anggaran Waktu Membaca:
Warga asing lebih mudah kunjung Thailand mulai 1 Julai

(Gambar: Jack TAYLOR / AFP)

Diterbitkan : 17 Jun 2022 09:52PM Dikemas Kini : 17 Jun 2022 09:52PM
BANGKOK: Mulai 1 hari bulan Julai, warga asing yang mahu ke Thailand tidak perlu lagi melakukan ujian COVID-19 sebelum berlepas ke negara itu.

Namun mereka mestilah sudah lengkap divaksin atau menjalani ujiannya apabila tiba di Thailand.

Pengunjung warga asing juga tidak lagi perlu mempunyai perlindungan insurans.

Di samping itu tempat-tempat hiburan malam boleh beroperasi lebih lama sehingga jam 2.00 pagi.

Memakai pelitup masih digalakkan bagi orang awam tetapi ia tidak diwajib dipakai di ruang luar kecuali kawasan itu penuh sesak atau sistem pengaliran udara yang tidak baik.

Selain itu, pemeriksaan suhu badan di bangunan juga tidak lagi diwajibkan kecuali kawasan itu berisiko tinggi terkena jangkitan COVID-19.
Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa