Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga asing ditahan di Johor Bahru; bawa pisau 33 sentimeter sewaktu solat Aidiladha

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana memiliki senjata berbahaya ketika melakukan kawalan keselamatan sewaktu solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru pada pagi Ahad (10 Jul). 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata warga asing berusia 57 tahun itu ditahan pada pukul 8.45 pagi selepas didapati memiliki sebilah pisau bersarung berukuran lebih kurang 33 sentimeter termasuk hulu yang terselit di tali pinggangnya.

“Hasil siasatan polis mendapati senjata yang dirampas itu merupakan salah satu hiasan pemakaian perayaan di negara individu itu, namun dari segi undang-undang di Malaysia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad (10 Jul). 

Menurut Encik Raub, kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) akta tersebut yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan sebat.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan