Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga asing boleh guna bas GOKL dengan bayaran RM1 mulai 1 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj RM1 (S$0.30) bagi setiap perjalanan kepada bukan warga negara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bas GOKL mulai 1 Januari depan.

DBKL, dalam kenyataan pada Isnin (18 Dis), memaklumkan caj tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat laluan di sekitar pusat bandar iaitu Laluan 01 (Hijau), Laluan 02 (Ungu), Laluan 03 (Merah) dan Laluan 04 (Biru).

"Transaksi pembayaran adalah tanpa tunai iaitu melalui kad Touch 'n Go, kod QR, kad kredit atau kad debit. Bagaimanapun, ia percuma bagi semua kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah termasuk bukan warga negara," tulis kenyataan itu.

Sementara itu, warga negara Malaysia yang menggunakan Mykad dan mempunyai sistem Touch 'n Go, harus membuat pendaftaran MyKad tersebut bagi menikmati perkhidmatan percuma.

Susulan itu, DBKL menyediakan kaunter pendaftaran di tiga lokasi iaitu Hentian Bas KLCC, Hentian Akhir Titiwangsa (Pekeliling) dan Hentian Akhir Pasar Seni dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dan 2.00 petang hingga pukul 7.00 malam mulai 1 Disember lalu.

Selain itu, petugas DBKL juga ditempatkan di dalam Bas GOKL terpilih bagi tujuan tersebut.

Manakala kaunter pendaftaran secara berkala di Lobi Menara DBKL 1 turut dibuka pada setiap Rabu, dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang mulai 6 Disember lalu.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh  menghubungi 03-20282298 (waktu pejabat) atau e-mel kepada jpb [at] dbkl.gov.my.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan