Skip to main content

Dunia

Warden didakwa liwat, cabul pelajar tahfiz disambung reman seminggu

Tahanan reman terhadap warden asrama yang didakwa meliwat dua pelajar selain mencabul tiga pelajar lain di sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat April lalu disambung seminggu lagi sehingga 24 Mei ini berkuatkuasa semalam (18 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Warden didakwa liwat, cabul pelajar tahfiz disambung reman seminggu

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 19 May 2019 10:39PM Dikemas Kini : 19 May 2019 10:42PM

KANGAR: Tahanan reman terhadap warden asrama yang didakwa meliwat dua pelajar selain mencabul tiga pelajar lain di sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat April lalu disambung seminggu lagi sehingga 24 Mei ini berkuatkuasa semalam (18 Mei).

Suspek sebelum ini direman bermula 11 Mei sehingga 17 Mei.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata lanjutan reman itu bagi melengkapkan proses siasatan polis berhubung kejadian liwat yang dilakukan oleh suspek.

“Kita ada terima maklumat positif daripada suspek bagi membantu siasatan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini (19 Mei).

Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa yang terlibat dalam kes liwat melebihi lima orang. Setakat ini katanya, hanya lima mangsa sudah tampil membuat aduan polis.

Supt Wari berharap agar orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu tampil membuat aduan polis.

Sebelum ini media melaporkan dua pelajar pusat tahfiz mendakwa diliwat manakala tiga pelajar lagi mendakwa dicabul oleh warden asrama mereka sepanjang berada di pusat tahfiz berkenaan.

Perbuatan tidak bermoral suspek terbongkar selepas seorang daripada mangsa liwat berusia 15 tahun tampil membuat aduan pada 24 April lalu, mendakwa dia diliwat dan dipaksa melakukan amang seksual di bilik warden berkenaan.

Mangsa turut mendakwa suspek mengugut memukulnya sekiranya kejadian itu dilaporkan namun mangsa yang tidak tahan diperlakukan demikian bertindak membuat aduan.

Sumber : Bernama/NA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita