Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita warga Samoa ditahan selepas mayat bayi dijumpai di tugu negara

Seorang wanita warga Samoa ditahan kerana dipercayai membuang bayi yang dilahirkannya dalam tong sampah di tandas awam di Tugu Negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita warga Samoa ditahan selepas mayat bayi dijumpai di tugu negara

(Gambar hiasan: Luma Pimental/Unsplash)

Diterbitkan : 03 Sep 2019 08:42AM Dikemas Kini : 03 Sep 2019 08:47AM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Samoa ditahan kerana dipercayai membuang bayi yang dilahirkannya dalam tong sampah di tandas awam di Tugu Negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 11.00 pada Isnin (2 Sep) pagi.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mayat bayi yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu dibalut dengan kain selendang dan diletakkan dalam tong sampah," menurut ACP Mohd Fahmi.

Menyusuli penemuan itu, pihaknya menahan seorang wanita warga Samoa berusia 33 tahun di sebuah klinik swasta di Setia Alam.

"Siasatan mendapati wanita yang menyertai rombongan ke Tugu Negara itu berada di tandas awam itu lebih daripada satu jam.

"Wanita itu tiba di Malaysia semalam untuk menyertai kursus kesihatan dan hari ini, beliau bersama rakan-rakan dibawa bersiar di sekitar ibu negara," katanya.

ACP Mohd Fahmi berkata wanita itu kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan mayat bayi itu dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan