Skip to main content

Dunia

Wanita warga China maut, jatuh dari aras 3 di Terminal 2 KLIA

Polis mengesahkan seorang wanita warga China maut selepas terjatuh dari Aras 3, Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam kejadian yang tular di media sosial pada Jumaat (1 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita warga China maut, jatuh dari aras 3 di Terminal 2 KLIA

Seorang wanita warga China maut selepas terjatuh dari Aras 3, Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. (Gambar hiasan: Bernama)

Diterbitkan : 02 May 2026 08:34AM
PUTRAJAYA: Polis mengesahkan seorang wanita warga China maut selepas terjatuh dari Aras 3, Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam kejadian yang tular di media sosial pada Jumaat (1 Mei).

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi dalam kenyataan pada Jumaat berkata kejadian berlaku pada pukul 2.20 petang.

Beliau berkata pasukan perubatan yang tiba di lokasi memberikan rawatan kecemasan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 5.09 petang di Hospital Putrajaya ketika mendapatkan rawatan lanjut.

“Semakan mendapati wanita berusia 27 tahun itu dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke China esok. Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di talian 03-8776 8222 bagi membantu siasatan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita