Skip to main content

Dunia

Wanita tunggu 3 jam sebelum diselamatkan dari gaung

Seorang wanita terpaksa menahan sakit kira-kira tiga jam sebelum diselamatkan dari gaung sedalam 20 meter selepas beliau terjatuh ketika mendaki sebuah bukit di Pulau Mawar, Tanjung Resang, Endau, dekat Mersing pagi tadi (13 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita tunggu 3 jam sebelum diselamatkan dari gaung

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Apr 2021 06:52PM Dikemas Kini : 13 Apr 2021 06:54PM

JOHOR BAHRU: Seorang wanita terpaksa menahan sakit kira-kira tiga jam sebelum diselamatkan dari gaung sedalam 20 meter selepas beliau terjatuh ketika mendaki sebuah bukit di Pulau Mawar, Tanjung Resang, Endau, dekat Mersing pagi tadi (13 Apr).

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Endau PBK II Asrul Ahmad berkata, mangsa berusia 51 tahun itu cedera di kaki kirinya kerana dipercayai patah.

Katanya lagi, mangsa dikatakan mula mendaki bukit itu bersama 11 rakannya pada pukul 7.00 pagi, sambil ditemani seorang malim gunung.

“Ketika sedang mendaki, mangsa tiba-tiba terjatuh. Mangsa cuba diselamatkan oleh rakan-rakannya namun gagal, sebelum akhirnya mereka menghubungi bomba pada 8.36 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Encik Asrul berkata, pihaknya menghantar seramai 12 anggota bersama dua jentera ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut, tetapi berdepan dengan beberapa kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana keadaan tempat tersebut curam dan perlu melalui kawasan paya bakau.

“Bomba mencuba beberapa kaedah untuk mengeluarkan mangsa termasuk menggunakan alat pengusung dan rentetan itu, mangsa akhirnya dapat dikeluarkan daripada gaung pada pukul 11.14 pagi dan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita