Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita Thailand ini terselamat selepas jatuh dalam lubang saliran 2 meter, terperangkap selama setengah jam

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Seorang wanita berusia 54 tahun terselamat daripada kecederaan serius selepas terjatuh ke dalam lubang saliran sedalam 2 meter di tengah-tengah bandar utama di Samut Sakhon pada petang Isnin (2 Sep).

Kejadian berlaku apabila Wiparat Yonnawa memijak penutup konkrit lubang tersebut, yang secara tiba-tiba terbuka, sekali gus menyebabkannya terjatuh 2 meter ke dalam air setinggi kira-kira satu meter.

Dia terperangkap di situ selama hampir setengah jam sebelum seorang pejalan kaki akhirnya menyedari lalu mendapatkan bantuan.

Menceritakan pengalaman yang menakutkan itu, Wiparat berkongsi dia baru sahaja keluar untuk membeli-barang. Menurutnya, penutup lubang saliran berdekatan dengan rumahnya ketika itu dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang, penutup itu tiba-tiba terbuka, menyebabkannya terjatuh dan berada dalam keadaan kesakitan, tidak berdaya dan takut lemas.

Tambahnya, jika paras air lebih tinggi, dia mungkin tidak dapat diselamatkan.

Wiparat akhirnya dikeluarkan dari saliran berkenaan lalu dibawa ke hospital untuk dirawat kerana kesan lebam dan calar.

Doktor berkata meskipun lebamnya teruk, tiada pendarahan dalaman berlaku.

Sungguhpun demikian, dia masih bimbang tentang kesan jangka panjang kerana keadaan kesihatannya yang sedia ada.

Selepas kemalangan itu, Timbalan Datuk bandar Samut Sakhon melawatnya di hospital.

Wiparat menggesa pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan kemalangan serupa pada masa depan.

"Jika seorang kanak-kanak jatuh, mereka mungkin tidak dapat diselamatkan. Tanda amaran yang sesuai atau penghadang perlu dipasang jika terdapat sebarang kerja yang mungkin membahayakan orang awam," katanya.

Menurut Encik Sakchai Nimitpanya siasatan awal menunjukkan kakitangan majlis perbandaran telah ditugaskan untuk memeriksa semua lubang saliran sebagai persediaan untuk air pasang.

Wilayah ini terletak di sepanjang pantai Teluk Thailand.

Beliau berkata pegawai terbabit mungkin tidak menutup penutup lubang berkenaan dengan selamat selepas menjalani pemeriksaan atau membiarkannya terbuka untuk memudahkan pembuangan sampah.

Pihak majlis perbandaran mengaku bertanggungjawab atas kecuaian terbabit dan membayar kos rawatan wanita tersebut.

Ia juga telah mengarahkan pemeriksaan segera dilakukan ke atas semua penutuplibang saliran di kawasan itu untuk memastikan ia dikunci dengan betul dan dalam keadaan baik, serta arahan tegas untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berulang.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan