Wanita tertua di dunia sambut ulang tahun ke-118
Cik Kane Tanaka, wanita tertua di dunia dan diiktiraf Guinness World Record menyambut ulang tahun kelahirannya ke-118.
(Gambar: AFP)
TOKYO: Cik Kane Tanaka, wanita tertua di dunia dan diiktiraf Guinness World Record menyambut ulang tahun kelahirannya ke-118.
Cik Tanaka yang lahir pada 2 Januari 1903, menyambut ulang tahun kelahirannya di pusat kesihatan di Fukuoka.
Beliau menyambut ulang tahun kelahirannya sambil bertepuk tangan dan memaklumkan mahu kekal sihat sehingga umurnya mencecah 120 tahun.
Cik Tanaka yang masih sihat, mampu makan tiga kali sehari dan mengamalkan senaman, namun tidak berpeluang bertemu saudaranya berikutan kawalan pergerakan akibat wabak COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.