Skip to main content

Dunia

Wanita tersilap tembak anaknya sendiri

Seorang wanita berusia 48 tahun menembak dan mencederakan anak perempuan beliau yang muncul untuk membuat kejutan kepada ibunya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita tersilap tembak anaknya sendiri

Gambar fail. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 05 Sep 2019 04:19PM Dikemas Kini : 05 Sep 2019 04:20PM

WASHINGTON: Seorang wanita berusia 48 tahun menembak dan mencederakan anak perempuan beliau yang muncul untuk membuat kejutan kepada ibunya. Menurut laporan pada Rabu (4 Sep), wanita itu menyangkakan ada seorang penceroboh di dalam rumahnya.

Remaja terbabit, yang pulang dari kolej ke rumah tanpa memaklumkan ibunya, cedera selepas ditembak pada bahagian lengan dalam insiden di Girard, Ohio, lapor stesen televisyen tempatan, WFMJ. Mujur, remaja itu masih hidup.

Wanita itu memiliki lesen pistol revolver Special .38 dan sedang berseorangan di rumahnya ketika mendengar bunyi bising dari dapur atau bahagian depan rumahnya, kata Ketua Polis John Norman.

“Beliau mendakwa pintu biliknya terbuka dan pistol itu berada berhampiran dengannya sebelum melepaskan tembakan ke arah seseorang yang memasuki pintu bilik tersebut," kata Norman.

Beliau menambah wanita itu terkejut apabila mengetahui beliau menembak anak perempuannya sendiri.

Peguam daerah tempatan akan menentukan sama ada wanita itu bakal didakwa, menurutnya lagi.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita