Wanita Taiwan dihukum penjara seumur hidup kerana cetuskan kebakaran, ragut 46 nyawa
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar:AFP
TAIPEI: Seorang wanita Taiwan yang menyebabkan kebakaran paling dahsyat dalam sejarah negara itu dalam tempoh berdekad untuk membalas dendam terhadap teman lelakinya, terlepas daripada hukuman mati pada Jumaat (5 Ogos).
Mahkamah sebaliknya menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup buat wanita itu.
Kebakaran yang berlaku pada Oktober lalu di bandar selatan Kaohsiung, memusnahkan beberapa lantai apartmen usang 13 tingkat itu.
46 orang maut manakala 41 lagi cedera.
Pihak berkuasa menyatakan kebakaran itu berlaku apabila defendan, Huang Ke-ke, 51 tahun meninggalkan abu setanggi (incense) yang tidak dipadamkan di sofa sebelum meninggalkan bangunan tersebut.
Huang didakwa atas tuduhan membunuh dan menyebabkan kebakaran pada Januari dan Pendakwa Raya memohon dia dihukum mati.
Menurut pendakwa raya wanita itu sengaja menyebabkan kebakaran untuk "memalukan" teman lelakinya yang dia syaki menduakannya.
Huang disabit kesalahan menyebabkan kebakaran dan kecuaian yang membawa kepada kematian oleh
Mahkamah daerah Kaohsiung pada Jumaat (5 Ogos).
Pihak pendakwaraya akan membuat rayu terhadap keputusan itu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.