Wanita SG berusia 45 tahun buat aduan palsu dakwa cuba diculik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Bernama)
JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga Singapura yang sebelum ini mendakwa dirinya menjadi mangsa percubaan menculik di kawasan sebuah pusat beli-belah di Taman Abad pada 10 Jan lalu didapati membuat aduan palsu.
Ketua Polis Johor Pesuruhjaya Polis M Kumar berkata perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
“Hasil siasatan polis mendapati insiden percubaan menculik tersebut tidak berlaku. Rakaman CCTV serta bukti-bukti teknikal mengesahkan tiada pergerakan mangsa dikesan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata wanita berusia 45 tahun itu membuat aduan palsu pada 22 Januari, mendakwa dirinya cuba diculik oleh seorang lelaki dan wanita yang kononnya menawarkan teh untuk dijual sempena Tahun Baharu Cina.
Wanita itu juga mendakwa dipaksa menghidu teh tersebut sehingga merasa pening dan tidak sedarkan diri.
Menurut Encik Kumar, wanita tersebut akan didakwa di Mahkamah Majistret di Johor Bahru pada Selasa (28 Jan) atas tuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Encik Kumar berkata kejadian tersebut turut menjadi viral di media sosial, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang mempercayai dakwaan itu.
“Malah, beberapa pempengaruh media sosial turut mengulas kejadian ini dengan mengaitkannya sebagai ancaman kepada keselamatan pelancong di Johor,” katanya.
Sehubungan itu, polis Johor memberi amaran tegas bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan khabar angin atau memanipulasi fakta untuk mencetuskan kegusaran awam, terutamanya berkaitan isu keselamatan.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.