Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita SG antara 7 maut dalam nahas berbilang kenderaan di Melaka

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita SG antara 7 maut dalam nahas berbilang kenderaan di Melaka

(Gambar: X/@GengKNegara)

Diterbitkan : 24 Dec 2024 06:04PM Dikemas Kini : 24 Dec 2024 06:05PM
ALOR GAJAH: Tujuh orang termasuk seorang wanita Singapura dan lima sekeluarga maut dalam satu nahas melibatkan beberapa kenderaan di Melaka di Lebuhraya Utara-Selatan pada Isnin malam (23 Dis).

Nahas itu, yang turut mencederakan lagi 33 orang, berlaku sekitar pukul 8.30 malam berdekatan tempat rehat Ayer Keroh.

Ia melibatkan sebuah lori, bas pesiaran yang ke arah selatan dengan 27 penumpang dan tiga kenderaan lain yang ke arah utara - sebuah MPV Toyota Estima, sebuah treler Nissan dan sebuah kereta Perodua Bezza, menurut ketua polis Alor Gajah Ashari Abu Samah.

Tayar bahagian depan lori itu, yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 31 tahun, terlepas dan berhenti di lorong tengah, katanya.

"Bas pesiaran itu kemudian melanggar tayar tersebut, menyebabkan pemandu hilang kawalan dan membelok secara tiba-tiba ke lorong bertentangan," beliau memberitahu media.

Bas itu kemudian merempuh sebuah Perodua Bezza, treler Nissan yang dipandu lelaki berusia 27 tahun dan MPV Toyota Estima yang membawa lapan sekeluarga, menurut laporan New Straits Times.

Polis mengenal pasti wanita Singapura berusia 66 tahun itu sebagai Lamrah Asid Ali pada Selasa (24 Dis). Beliau salah seorang yang menaiki bas pesiaran, yang pemandunya Noorisnien Khamid dari Johor, juga maut.

Mediacorp sudah menghubungi MFA untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Lima yang maut menaiki Toyota Estima: Pemandu berusia 32 tahun Khairul Ihwan Mazupi, isterinya 32 tahun Fadzlenna Ramli, anak lelaki mereka berusia dua tahun Muhammad Umar, dan ibu bapa Fadzlenna. Nama ibunya tidak dinyatakan dalam laporan media, manakala bapanya bernama Ramli Ab Wahab, 66 tahun.

Keluarga lapan anggota itu sedang dalam perjalanan pulang dari Melaka, lapor Sinar Harian.

Lagi dua anak Khairul, empat dan tujuh tahun terselamat dan dirawat di Hospital Melaka. Baki penumpang kenderaan MPV itu dipercayai anak saudara Khairul. identitinya masih belum disahkan dan dia dilaporkan cedera.

Pemandu bas pesiaran itu, 56 tahun, Noorisnien Khamid dari Johor, meninggal dunia.

Ketua polis Ashari berkata semua yang meninggal dunia dihartar ke Jabatan Forensik Melaka bagi bedah siasat, menurut laporan New Straits Times.

Semua 33 mangsa yang cedera dikkejarkan ke Hospital Melaka, Hospital Alor Gajah dan Hospital Pantai Ayer Keroh.

Semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu sudah ditahan dan akan di hantar bagi pemeriksaan.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan