Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita serang ibu pejabat polis Indonesia bertindak sendirian; dipercayai penyokong tegar ISIS

Ketua Polis Indonesia berkata seorang wanita yang menyerang ibu pejabat polis petang Rabu (31 Mac) bertindak sendirian dan adalah penyokong kumpulan pengganas ISIS.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita serang ibu pejabat polis Indonesia bertindak sendirian; dipercayai penyokong tegar ISIS

(Gambar: AP Photo/Yusuf Wahil)

Diterbitkan : 01 Apr 2021 08:00PM Dikemas Kini : 01 Apr 2021 08:08PM

JAKARTA: Ketua Polis Indonesia berkata seorang wanita yang menyerang ibu pejabat polis petang Rabu (31 Mac) bertindak sendirian dan adalah penyokong kumpulan pengganas ISIS.

Wanita, 25 tahun, itu masuk ke kawasan ibu pejabat polis di Jakarta itu dan melepaskan enam das tembakan ke arah para pegawai sebelum dia ditembak mati oleh beberapa pegawai polis yang lain.

Dikenali sebagai ZA, wanita itu tinggal di Jakarta dan telah meletakkan gambar bendera ISIS di laman Instagram miliknya, beberapa jam sebelum melakukan serangan itu.

Kejadian itu adalah serangan pengganas yang kedua di Indonesia dalam masa seminggu.

Pada Ahad lalu dua pengebom nekad yang merupakan pasangan suami isteri melakukan serangan di luar sebuah gereja di bandar Makassar, Sulawesi Selatan.

"Saya sampaikan kepada seluruh anggota untuk tetap memberikan pelayanan kepada masyarakat.

"Namun demikian tingkatkan kewaspadaan, tingkatkan sistem pengamanan baik di markas komando mahupun pada saat melaksanakan tugas di lapangan," menurut Ketua Polis Indonesia, Listyo Prabowo.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan