Skip to main content

Dunia

Wanita Saudi tidak perlu pakai abaya, kata ulama

"Lebih 90 peratus wanita Muslim di dunia tidak memakai abaya," kata Sheikh Mutlaq 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Saudi tidak perlu pakai abaya, kata ulama

(Gambar hiasan: AFP/FAYEZ NURELDINE)

Diterbitkan : 10 Feb 2018 10:11PM Dikemas Kini : 10 Feb 2018 10:13PM

DUBAI: Wanita Saudi tidak perlu memakai abaya atau jubah.

Demikian menurut badan ulama Muslim Arab Saudi, mencerminkan satu lagi petanda bahawa negara itu sedang mendakap kemodenan.

Semasa rancangan televisyennya, Sheikh Abdullah Al-Mutlaq, seorang anggota Majlis Ulama Kanan berkata wanita-wanita Muslim seharusnya berpakaian sopan tetapi ini tidak bermakna mereka mesti memakai abaya.

"Lebih 90 peratus wanita Muslim di dunia tidak memakai abaya," kata Sheikh Mutlaq semalam (9 Feb).

"Maka kita tidak patut memaksa orang lain memakai abaya."

Meskipun kenyataan beliau itu tidak bermakna undang-undang akan dipinda, ia merupakan kali pertama seumpamanya yang dibuat oleh seorang ulama, menurut laporan Arab News.

Ini menyusuli beberapa perubahan di negara itu sejak dipimpin oleh Putera Mahkota Mohammad Bin Salman.

Hanya ulama yang dilantik kerajaan dan ada kaitan dengan Majlis Ulama Kanan dibenarkan mengeluarkan fatwa, lapor Arab News.

Tafsiran mereka tentang undang-undang Islam membentuk asas sistem undang-undang Arab Saudi.

Kaum wanita Saudi sudah mula memakai abaya atau jubah berwarna-warni sejak kebelakangan ini, berbeza dengan jubah hitam yang lazimnya dikaitkan dengan mereka, lapor laman Arab News.

Trend itu menandakan perubahan-perubahan besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beberapa perubahan ke atas hak kaum wanita juga diumumkan termasuk membolehkan mereka memandu dan menonton perlawanan bola sepak di stadium.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita