Skip to main content

Dunia

Wanita Saudi merokok di tempat awam sebagai tanda kebebasan 'penuh'

Rima duduk di sebuah kerusi di satu kafe mewah di Riyadh, melihat sekeliling dengan berhati-hati, sebelum menarik keluar rokok elektronik miliknya dan mula menghembuskan asap.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Saudi merokok di tempat awam sebagai tanda kebebasan 'penuh'

Sesetengah wanita di Arab Saudi kini merokok, menghisap shisha atau vape sebagai simbol kebebasan. (Gambar: FAYEZ NURELDINE)/AFP)

Diterbitkan : 16 Feb 2020 03:53PM Dikemas Kini : 16 Feb 2020 03:56PM

RIYADH: Rima duduk di sebuah kerusi di satu kafe mewah di Riyadh, melihat sekeliling dengan berhati-hati, sebelum menarik keluar rokok elektronik miliknya dan mula menghembuskan asap.

“Pada saya, merokok di khalayak ramai adalah lambang kebebasan. Saya gembira kerana kini sudah boleh memilih untuk berbuat demikian,” kata wanita berusia 27 tahun itu yang bekerja di sebuah syarikat swasta.

Sama seperti feminis Barat pada awal kurun ke-20, era perubahan sosial di Arab Saudi menyaksikan segelintir wanita dilihat mula berani merokok, menghisap shisha atau vape sebagai simbol hak asasi.

Wanita merokok di khalayak ramai bukan lagi pemandangan luar biasa sejak beberapa bulan lalu, satu senario yang tidak pernah dibayangkan akan berlaku sebelum bermulanya era reformasi di negara sangat konservatif itu.

Pemerintah de facto, Putera Mohammed bin Salman, melaksanakan pelbagai pembaharuan daripada aspek ekonomi dan sosial bagi menampilkan imej lebih sederhana serta mesra perniagaan.

Kaum wanita kini dibenarkan untuk memandu, menghadiri acara sukan dan konsert serta memiliki pasport tanpa perlu kebenaran penjaga lelaki.

Rima yang mula merokok sejak dua tahun lalu, menepis keprihatinan mengenai bahaya tembakau namun tidak menafikan beliau risau jika keluarganya mendapat tahu.

Wanita itu berkata beliau sedia menanggung sebarang akibat.

“Saya tidak akan menjelaskan kepada mereka bahawa ia berkaitan kebebasan peribadi kerana mereka tidak akan pernah faham bahawa wanita bebas merokok seperti lelaki,” ujarnya.

Pada 2018, pihak berkuasa memberkas sekurang-kurangnya 12 aktivis wanita sejurus sebelum menggugurkan undang-undang, dikuatkuasakan selama berdekad lamanya, yang mengharamkan wanita membonceng motosikal.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita