Skip to main content

Dunia

Wanita sarat mengandung maut digilis treler

Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan maut digilis sebuah treler dalam kemalangan tiga kenderaan di persimpangan Jalan Permatang Buloh, pada Sabtu malam (25 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita sarat mengandung maut digilis treler

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 26 Jul 2020 11:27PM Dikemas Kini : 26 Jul 2020 11:29PM

KEPALA BATAS: Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan maut digilis sebuah treler dalam kemalangan tiga kenderaan di persimpangan Jalan Permatang Buloh, pada Sabtu malam (25 Jul).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa dikenal pasti sebagai Nur Amirah Izzati Rohaizat, 19, meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala.

“Dalam kejadian 10.45 malam ketika hujan lebat itu, mangsa yang menunggang motosikal dari arah pekan Darat dipercayai telah melanggar lampu isyarat sebelum merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Mangsa yang terjatuh kemudian digilis oleh treler dari arah Kepala Batas menghala Permatang Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat sementara kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita