Skip to main content

Dunia

Wanita saman restoran Thai di California gara-gara hidangan terlalu pedas

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita saman restoran Thai di California gara-gara hidangan terlalu pedas

Gambar: Google Maps

Diterbitkan : 24 Jul 2023 08:31PM Dikemas Kini : 24 Jul 2023 08:32PM
LOS ANGELES: Seorang wanita menyaman sebuah restoran makanan Thai di San Jose, California, kerana mendakwa masakannya terlalu pedas, lapor laman berita Republic World.

Wanita tersebut, Harjasleen Walia turut mendakwa bahawa salah satu masakan pedas di restoran itu tidak sesuai untuk dimakan.

Pada 3 Julai lalu, Cik Walia memfailkan aduan di Mahkamah Tinggi Daerah Santa Clara terhadap restoran Coup de Thai, yang merupakan sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan pedas.

Beliau mendakwa restoran itu menyajikan hidangan pedas yang sangat berbahaya untuk dimakan dan menyalahkan para pekerja kerana cuai mengenainya.

Tambah Cik Walia, beliau mengalami kecederaan kekal pada badan selepas makan hidangan pembuka selera di restoran tersebut, iaitu Dragon Balls pada 15 Julai 2021.

Ia menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan jangka panjang.

Menurut akhbar New York Post, Dragon Balls ialah bebola daging ayam pedas yang dimasak menggunakan bawang hijau, daun limau purut, daun ketumbar, cili dan nasi.

Peguam Cik Walia menuntut ganti rugi am serta pampasan untuk perbelanjaan perubatan, kehilangan pendapatan dan kos guaman.

Cik Walia mahupun Coup de Thai enggan memberikan sebarang komen kepada New York Post.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita