Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita S’pura antara 114 ditahan semasa angkat sumpah anggota kongsi gelap

Seramai 114 individu ditahan polis semasa menyertai upacara angkat sumpah ahli kumpulan kongsi gelap Double Seven pada Sabtu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita S’pura antara 114 ditahan semasa angkat sumpah anggota kongsi gelap

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 21 Jan 2020 09:11AM Dikemas Kini : 21 Jan 2020 09:13AM

KUALA LUMPUR: Seramai 114 individu ditahan polis semasa menyertai upacara angkat sumpah ahli kumpulan kongsi gelap Double Seven pada Sabtu lalu.

Perkara berkenaan disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi Bernama pada Isnin (20 Jan).

Beliau berkata ketua kumpulan kongsi gelap berkenaan turut ditahan dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman ke atas sebuah premis di Jalan Genting Klang.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa bilah pedang samurai dan barangan lain yang digunakan dalam upacara angkat sumpah untuk menyertai kumpulan kongsi gelap berkenaan.

"Daripada jumlah itu 107 orang merupakan lelaki selain seorang wanita warga tempatan sementara lima lelaki serta seorang wanita lagi merupakan warga Singapura," katanya.

Menurut Huzir, kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman di bawah Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan disiasat mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Beliau berkata kesemua suspek sedang diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan