Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita Pertama AS Jill Biden positif COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
 Wanita Pertama AS Jill Biden positif COVID-19

(Gambar: AFP/Getty Images North America/Drew Angerer)

WASHINGTON: Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS) Jill Biden disahkan positif COVID-19 dan mengalami gejala ringan, menurut Rumah Putih pada Selasa (16 Ogos).

Rumah Putih turut mendedahkan bahawa Presiden Joe Biden terus diuji negatif selepas pulih daripada jangkitan koronavirus baru-baru ini.

Wanita Pertama AS berusia 71 tahun itu diuji negatif pada Isnin (15 Ogos) sebagai sebahagian daripada rutin ujian berkala.

Bagaimanapun ujian PCR yang diambilnya selepas mengalami gejala seperti selsema menunjukkan beliau positif terkena jangkitan COVID-19, kata jurucakap beliau, Elizabeth Alexander.

Presiden Joe Biden akan memakai pelitup sepanjang tempoh selama sepuluh hari apabila berada di kawasan tertutup dan ketika berdekatan dengan orang lain kerana beliau adalah kontak rapat Wanita Pertama.

Demikian menurut panduan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), dedah Setiausaha Media Rumah Putih, Karine Jean-Pierre.

"Kami juga akan meningkatkan kekerapan ujian presiden dan melaporkan hasil ujian berkenaan," kata Cik Jen-Pierre.

Presiden Biden baru saja pulih daripada jangkitan semula COVID-19 pada 7 Ogos.

Jill Biden seperti suaminya sudah mendapatkan suntikan vaksin dan dos penggalak sebanyak dua kali.

Beliau diberikan ubat Paxlovid dan akan mengasingkan diri di rumah percutiannya selama sekurang-kurangnya lima hari, kata jurucakap beliau.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan