Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita pasang mangga pada peti sejuk, almari dapur untuk cegah kucing seberat 10kg curi makanan

Pemilik haiwan peliharaan Sara Matthews, 47 tahun, terpaksa mengambil langah-langkah ekstrem untuk membantu kucing gemuknya, Keith, mengurangkan berat badan haiwan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita pasang mangga pada peti sejuk, almari dapur untuk cegah kucing seberat 10kg curi makanan

(Gambar: Instagram/keith_the_cat_cow)

Diterbitkan : 16 Sep 2021 10:05PM Dikemas Kini : 16 Sep 2021 10:09PM

UNITED KINGDOM: Pemilik haiwan peliharaan Sara Matthews, 47 tahun, terpaksa mengambil langah-langkah ekstrem untuk membantu kucing gemuknya, Keith, mengurangkan berat badan haiwan tersebut.

Cik Matthews, yang mengambil Keith sempena ulang tahun ke-10 anak perempuannya, tidak pernah menyangka beliau akan menghadapi cabaran yang besar untuk memastikan kucingnya seberat 10kg itu tidak makan berlebihan.

Wanita dari Bristol itu memberitahu agensi berita Mirror UK bahawa beliau membelanjakan £2,500 (S$4,635) pada tahun lalu untuk memasang mangga pada peti sejuknya dan juga almari bagi memastikan Keith tidak mencuri makanan.

"Pada mulanya ia akan panjat masuk apabila anda membuka peti sejuk dan saya begitu risau ia akan terperangkap dalam peti sejuk tanpa kita menyedarinya," katanya lagi.

"Kami terpaksa memasang lebih banyak mangga pada setiap almari yang menyimpan makanan. Tidak kira sama ada tombol berbentuk bulat atau takal (pulley), ia akan mencari cara untuk memasukinya."

Beliau turut menjelaskan bahawa berat badan Keith mula meningkat sejak pertama kali dibawa pulang ke rumah dan keluarga itu memutuskan untuk tidak membenarkan kucing itu keluar rumah kerana orang lain sering memberi makan berlebihan kepadanya.

Cik Matthews juga sudah membelanjakan lebih £2,000 (S$3,706) untuk kucing itu sejak beberapa tahun lalu kerana Keith memerlukan ubat-ubatan bagi merawat masalah mata dan telinganya.

"Pada satu ketika, kami mempunyai makanan yang direka khas untuknya kerana (kucing itu) mengalami masalah kencing dan makanan biasanya pula tinggi kalori jadi saya tidak boleh mengambil risiko membenarkannya memakan makanan itu," kata Cik Matthews.

"Tahun lalu, kami bahkan membayar £2,500 (S$4,635) untuk ujian darahnya bagi penyakit Cushing dan kencing manis tetapi hasil ujiannya negatif. Disebabkan oleh saiz tubuhnya, terdapat kebimbangan ia mungkin tidak dapat bangun semula jika diberikan sebarang ubat pelali," tambahnya.

Mengambil antibiotik juga menyebabkan Keith mengalami masalah perut yang lain, kata Cik Matthews, jadi kucing itu perlu diberikan makanan dengan perangsang yang boleh meningkatkan selera makan, yang hanya akan memburukkan lagi masalah berat badannya.

Keith memiliki akaun Instagramnya sendiri dengan lebih 87,000 pengikut.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Today/MALAYMAIL/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan