Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita Palestin mati ditembak tentera Israel di Tebing Barat

Anggaran Waktu Membaca:

RAMALLAH: Seorang wanita warga Palestin mati ditembak oleh pasukan Israel di Tebing Barat pada Rabu (1 Jun).

Demikian menurut laporan agensi berita Anadolu yang menukil Kementerian Kesihatan Palestin. 

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Ghufran Harun Warasneh, ditembak di bahagian dada berdekatan kem Al-Aroub, utara Hebron, menurut kenyataan kementerian tersebut. 

Gambar dan rakaman video yang disebarkan di wadah-wadah media sosial menunjukkan mangsa terbaring selepas ditembak. 

Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, pasukan Israel menghalang para pegawai perubatannya daripada sampai ke tempat kejadian selama kira-kira 20 minit.

Sumber perubatan di Hospital Al-Ahly mengatakan bahawa wanita itu dikejarkan ke hospital dalam "keadaan kritikal" sebelum meninggal dunia. 

Tentera Israel mendakwa wanita itu cuba melakukan serangan tikaman.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Israel, seorang wanita yang bersenjatakan sebilah pisau cuba mendekati seorang askar dan ini menyebabkan pasukan tentera untuk melepaskan tembakan. 

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan askar Israel. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan