Skip to main content

Dunia

Wanita Palestin ditembak mati Israel dalam bantahan di sempadan

Pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang wanita Palestin di Bandar Gaza semasa ribuan warga Palestin mengadakan bantahan di pagar sempadan antara Israel dengan kawasan yang ditadbir Hamas.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Jan 2019 08:00PM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 11:37PM

BANDAR GAZA: Pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang wanita Palestin di Bandar Gaza semasa ribuan warga Palestin mengadakan bantahan di pagar sempadan antara Israel dengan kawasan yang ditadbir Hamas.

Amal al-Taramsi, 43 tahun, ditembak mati di bahagian kepalanya. Lagi 25 warga Palestin cedera akibat terkena tembakan askar-askar Israel.

Menurut tentera Israel, kira-kira 13,000 penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam bantahan sepanjang pagar sempadan tersebut. Ramai yang melontar batu dan bom api.

Tiga rakyat Palestin juga melompat pagar yang memisahkan Israel dengan Palestin tetapi kemudian kembali semula ke kawasan yang ditadbir Hamas. Sebagai tindak balas, pesawat Israel menyerang sebuah pos tentera Hamas.

Kejadian terbaru ini mungkin merumitkan usaha para diplomat Mesir merundingkan usaha mengekalkan gencatan senjata yang rapuh. Gencatan senjata pada November lalu, mengekang pertempuran antara Israel dengan Hamas. 

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita