Skip to main content

Dunia

Wanita nyaris maut di Petaling Jaya apabila kereta dihempap besi menara kren

Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan dipandunya dihempap besi menara kren yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan SS2/24, Petaling Jaya, petang Sabtu (19 Sep).  

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita nyaris maut di Petaling Jaya apabila kereta dihempap besi menara kren

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Sep 2020 03:54PM Dikemas Kini : 20 Sep 2020 03:57PM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan dipandunya dihempap besi menara kren yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan SS2/24, Petaling Jaya, petang Sabtu (19 Sep).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam kejadian pada 5.45 petang itu, mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

"Ketika melalui tempat kejadian, tiba-tiba muatan besi menara kren dari sebuah treler jatuh menimpa kenderaan mangsa.

"Akibat kejadian itu, bumbung, cermin hadapan dan beberapa bahagian lain kereta itu rosak namun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," menurutnya dalam satu kenyataan.

ACP Nik Ezanee menambah siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada bahagian hadapan treler yang membawa bahan muatan menara kren berkenaan tersangkut pada kabel telefon menyebabkan dua tiang telefon tumbang dan kabel telefon merintangi Jalan SS2/24.

Menurutnya, mangsa sudah membuat laporan polis manakala pemandu treler belum tampil membuat laporan setakat ini.

"Anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan awal kepada mangsa dan mengawal keadaan lalu lintas yang pada ketika itu sesak teruk.

"Kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 19 Kaedah Lalulintas 166/59 kerana muatan yang dibawa atas kenderaan jatuh dan mengakibatkan kemalangan," katanya.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita