Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita nekad saman Starbucks M'sia setelah namanya ditulis 'Babi'

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita nekad saman Starbucks M'sia setelah namanya ditulis 'Babi'

Gambar: Mingguan Wanita

Diterbitkan : 18 May 2023 11:12AM Dikemas Kini : 18 May 2023 11:15AM
KUALA LUMPUR: Seorang wanita ingin menyaman Starbucks kerana menulis namanya 'babi' pada cawan minuman yang dipesan. Bavitra Ramachandran kesal apabila namanya disalah eja oleh barista ketika membeli kopi berjenama terkenal itu.

Beranggapan hal itu tidak sewajarnya berlaku kerana tiada orang diberi nama binatang itu, wanita berkenaan mahu mengambil tindakan saman terhadap rangkaian kopi popular itu, lapor Mingguan Wanita.

Dalam satu hantaran di twitter, Bavitra berkongsi satu detik memalukan saat sedang membeli kopi di Starbucks pada Selasa (16 Mei), menurut Mingguan Wanita.

“Starbucks Malaysia, saya akan saman anda! Starbucks Sunway Medical Centre dan Starbucks Sunway Velocity, mustahil pekerja Melayu anda tidak tahu bahawa tiada manusia yang namanya bermula dengan 'babi'!,” wanita itu meluahkan amarahnya.

Hal tersebut mendapat perhatian dari rakyat Malaysia kerana barista sepatutnya bertanya untuk ulang kepastian adakah benar nama orang yang memesan itu ialah 'babi'. Ia kerana tidak wajar nama haiwan itu menjadi pilihan.

Dalam pada itu, selepas heboh di media sosial, timbul banyak percanggahan pendapat. Ada yang bersetuju Starbucks disaman kerana ia jelas kelemahan daripada pihak barista yang tidak bertanya buat kali kedua atau lebih bagi mendapat kepastian.

Namun pada masa yang sama, ada yang mempertikaikan tindakan menjadikan isu tersebut tular kerana adalah lebih mudah jika tuan empunya badan pergi ke kaunter dan menyuruh barista membuatkan kopi yang lain tanpa menularkan hal tersebut di media sosial.

Sebilangan pengguna lain pula menasihati Bavitra untuk menangani keadaan itu dengan berhati-hati sebelum mengambil tindakan guaman.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan