Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita nekad batalkan majlis kahwin kerana bakal suami tidak bijak Matematik

Seorang pengantin perempuan di India nekad membatalkan perkahwinannya gara-gara suaminya gagal menghitung beberapa keping wang kertas 10 rupee (S$0.16).

Anggaran Waktu Membaca:

NEW DELHI: Seorang pengantin perempuan di India nekad membatalkan perkahwinannya gara-gara suaminya gagal menghitung beberapa keping wang kertas 10 rupee (S$0.16).

Dalam kejadian yang berlaku di Uttar Pradesh di utara India, wanita itu, Rita Singh, 21 tahun memutuskan tidak mahu meneruskan dengan perkahwinan kerana tidak dapat menerima kekurangan pengantin lelaki yang lemah dalam penguasaan matematik.

"Kelemahan lelaki tersebut yang tidak boleh menyelesaikan matematik asas dibongkar oleh sami yang terlibat majlis berkenaan setelah melihat tingkah lakunya yang agak pelik.

"Keluarga pengantin perempuan itu kemudian memutuskan untuk menguji bakal menantu mereka," lapor media tempatan seperti dinukil Sinar Harian.

Menurut laporan itu, lelaki itu dikatakan tidak memahami tugasan yang diberikan setelah hanya diminta mengira 30 keping wang kertas 10 rupee.

Keluarga pengantin perempuan itu juga berang kerana tidak dimaklumkan tentang keadaan 'mental rapuh' lelaki itu.

Keputusan membatalkan majlis itu bagaimanapun mencetuskan pergaduhan antara kedua-dua keluarga hingga memaksa campur tangan pihak berkuasa, menurut laporan itu seperti dinukil Sinar Harian.

Meskipun polis cuba mendamaikan keadaan dan memujuk Rita supaya meneruskan dengan majlis itu, beliau tetap berkeras dengan keputusannya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan