Skip to main content

Dunia

Wanita M'sia ini bersyukur jumpa kunci peti besi berisi...

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita M'sia ini bersyukur jumpa kunci peti besi berisi...

Gambar: TikTok/shahirah_amir

Diterbitkan : 24 May 2023 07:18PM Dikemas Kini : 24 May 2023 07:22PM
KUALA LUMPUR: Peti besi yang berkunci selalunya akan digunakan untuk meletakkan barang berharga seperti emas, duit dan dokumen penting.

Selain menggunakan kunci untuk membuka peti besi tersebut, anda juga boleh menggunakan kod untuk membukanya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita baru terjumpa kunci peti besi.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita terjumpa kunci peti besinya yang sudah lama disimpan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila beliau baru teringat ada sebuku duit kepingan RM50 (S$14.7) yang bernilai RM31,000 (S$9,097) keseluruhannya di dalam peti besi itu.

Duit itu dilihat sangat lama ditinggal dan berbentuk seperti kek batik.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3 juta tontonan, 162,000 tanda suka dan 1,000 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.

"Dia lagi nikmat kalau jumpa balik duit ni waktu sangat-sangat memerlukan, memang syukur sangat," tulis seorang netizen.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita