Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita M'sia dipenjara 4 bulan, curi barang kemas ibu

Akibat mencuri barang kemas milik ibunya bernilai RM14,000 (S$4,430), seorang wanita dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret pada Isnin (13 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Akibat mencuri barang kemas milik ibunya bernilai RM14,000 (S$4,430), seorang wanita dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret pada Isnin (13 Jun).

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas Bathma Abdullah, 36 tahun, yang mengaku bersalah mencuri sepasang loket emas, tiga utas rantai leher emas, tiga bentuk cincin emas, dua loket batu emas dan seutas rantai tangan emas milik ibunya, R. Devi Segar, 57 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Manjalara, Kepong pada 10.00 pagi, 13 Mac lalu, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh memandangkan kesalahan itu serius, namun Bathma yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan