Wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki di Ipoh
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
IPOH: Seorang wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya yang berada di bawah pengaruh dadah di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon awal pagi Ahad (25 Jun).
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita pada pukul 4.34 pagi tadi mengenai satu kejadian pergaduhan membabitkan pasangan kekasih itu di tingkat atas rumah kedai berkenaan.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa berumur 24 tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas sebuah katil dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
"Polis menahan teman lelaki mangsa berusia 23 tahun yang mengaku telah memukul mangsa dan turut menahan tiga lagi individu berusia lingkungan 29 hingga 65 tahun termasuk ibu suspek yang berada di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
ACP Yahaya berkata mangsa dan suspek yang tinggal bersama di rumah kedai tersebut mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan dan punca pergaduhan masih dalam siasatan.
Menurut ACP Yahaya, pihaknya merampas sebatang kayu penyapu dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa selain turut merampas empat telefon bimbit milik kesemua suspek.
Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap kesemua suspek mendapati hanya teman lelaki mangsa positif dadah jenis methamphetamine dan kesemua suspek direman selama seminggu sehingga 1 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata dengan tertangkapnya kesemua suspek, kes itu berjaya diselesaikan dan pihaknya akan melengkapkan siasatan kes dan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.