Skip to main content

Dunia

Wanita maut dipatuk ular yang dibeli online

Seorang wanita Cina yang berharap untuk  membuat wain tradisional ular meninggal dunia  selepas dipatuk ular berbisa yang ditempahnya dari portal beli-belah online.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita maut dipatuk ular yang dibeli online

(Gambar: Weibo melalui TODAY)

Diterbitkan : 25 Jul 2018 11:17AM Dikemas Kini : 29 Jul 2018 12:13AM

BEIJING: Seorang wanita Cina yang berharap untuk membuat wain tradisional ular meninggal dunia selepas dipatuk ular berbisa yang ditempahnya dari portal beli-belah online.

Wanita 21 tahun itu, yang tinggal di wilayah Shaanxi, meninggal dunia Selasa lalu (17 Jul), lapan hari selepas dipatuk ular berkenaan, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Beliau membeli ular tersebut di Zhuanzhuan, sebuah wadah e-dagang, daripada seorang penjual di wilayah Guangdong di mana jenis ular yang sangat berbisa itu ditemui.

Reptilia itu dikirim oleh syarikat penghantaran tempatan yang memberitahu Xinhua bahawa ia tidak tahu apa yang ada di dalam kotaknya.

Wanita yang tidak dikenal pasti itu merancang untuk membuat wain ubat tradisional, menurut ibunya kepada Xinhua.

Wain itu biasanya dibuat dengan merendam seluruh ular dalam alkohol. Minuman yang dihasilkan dikatakan memiliki kesan menyegarkan.

Laporan media menyatakan ular itu terlepas, tetapi pegawai perhutanan tempatan kemudian berkata ia ditemui berdekatan dengan rumah wanita berkenaan.

Wadah-wadah online dilarang menjual beli hidupan liar dan para pentadbir dengan pantas menurunkan pos-pos sedemikian.

Namun para pelanggan boleh beralih ke wadah lebih kecil seperti Zhuanzhuan yang kurang pengawasan.

E-dagang digunakan secara meluas di China, didorong oleh pemain-pemain besar seperti wadah Taobao Alibaba, yang mengendalikan jutaan dolar tempahan bagi semua jenis barangan dari barang seharian hingga kepada barang-barang yang pelik. 

Sumber : AFP/KN/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita