Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita maut di Australia selepas terjatuh dari kapal pesiaran

Anggaran Waktu Membaca:
ADELAIDE: Mayat seorang wanita berusia 23 tahun ditemui pada Rabu (14 Dis) di lautan Australia selepas dia terjatuh dari kapal persiaran.

Anak kapal Pacific Explorer melaporkan penumpang itu hilang pada sekitar tengah malam apabila kapal itu berada sekitar 70 kilometer di laut daripada Cape Jaffa di negeri Australia Selatan.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia kemudian mengerahkan pesawat penyelamat semalaman yang disertai oleh dua helikopter pada waktu subuh.

Para penyelamat kemudian menemui mayat wanita yang tidak dinamakan itu di laut sebelum 7.00 pagi.

Kapal pesiaran itu yang boleh membawa kira-kira 2,000 tetamu bertolak dari Melbourne pada Selasa (13 Dis) menuju ke Pulau Kangaroo di Australia Selatan dalam pelayaran pulang empat malam.

Syarikat kapal pesiaran itu, Carnival Australia, menyatakan ia suatu tragedi.

"Kami akan terus memberikan sokongan dan bantuan kepada anggota keluarga yang berlayar bersama mangsa dan mengucapkan takziah mendalam kepada orang yang tersayang," syarikat itu menyatakan dalam satu kenyataan media.

Polis Australia Selatan menyatakan pelayaran asal kapal itu ke Pulau Kangaroo dibatalkan dan polis Victoria sedang menjalankan siasatan mengenai punca kematian tersebut.

Keadaan cuaca pada sebelah malam "sangat teruk" dengan angin kencang dan ombak kuat, Dan Gillis, pengurus tugas dengan pihak berkuasa keselamatan, memberitahu Australian Broadcasting Corp.

Keadaan cuaca semalaman "sangat buruk" dengan angin kencang dan lombak besar, kata pengurus tugas dengan pihak berkuasa keselamatan Dan Gillis kepada Australian Broadcasting Corp.

Encil Gillis berkata mayat wanita itu dibawa ke Adelaide dengan helikopter selepas dibawa ke hospital berdekatan untuk dikenal pasti.
Sumber : AP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan