Skip to main content

Dunia

Wanita maut, 4 pelanggan cedera dilanggar ketika makan di restoran

Seorang wanita maut dan sekurang-kurangnya empat lagi pelanggan sebuah restoran cedera akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan di Taman Equine di Selangor pada Ahad (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita maut, 4 pelanggan cedera dilanggar ketika makan di restoran

Kejadian berlaku di Taman Equine di Selangor pada Ahad (18 Nov).

Diterbitkan : 19 Nov 2018 08:50AM Dikemas Kini : 19 Nov 2018 08:52AM

SERDANG: Seorang wanita maut dan sekurang-kurangnya empat lagi pelanggan sebuah restoran cedera akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan di Taman Equine di Selangor pada Ahad (18 Nov).

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan, berkata wanita berusia 57 tahun itu sedang makan malam bersama anggota keluarganya di hadapan premis berkenaan sebelum dilanggar pada kira-kira 8.15 malam.

"Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan itu enggan berhenti malah melanggar beberapa pelanggan lain yang sedang menjamu selera selain melanggar tiga kereta.

“Pemandu kenderaan itu kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian," katanya ketika ditemui para wartawan di tempat kejadian.

ACP Ismadi berkata polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mengenal pasti suspek dan kenderaan yang dipandunya, selain sedang menentukan jumlah sebenar mangsa yang cedera.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Zolkipli Sailan, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.32 malam dan lapan anggota termasuk dirinya kemudian dikerahkan ke tempat kejadian.

"Seorang wanita meninggal dunia manakala dua wanita dan dua lelaki, berusia antara 33 hingga 71 tahun, mengalami kecederaan dalam insiden itu," katanya sambil menambah bahawa mangsa yang cedera termasuk seorang lelaki warga Myanmar.

Encik Zolkipli berkata mayat mangsa dan empat individu yang cedera dihantar ke Hospital Serdang.

Kejadian itu berlaku di kawasan tempat letak kereta di hadapan restoran itu, yang diletakkan kerusi dan meja makan untuk pelanggan. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita