Skip to main content

Dunia

Wanita Malaysia yang terjatuh di Gunung Rinjani berjaya dipindahkan ke hospital di Bali

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Malaysia yang terjatuh di Gunung Rinjani  berjaya dipindahkan ke hospital di Bali

Pasukan SAR Mataram membawa keluar pendaki Malaysia yang terjatuh di Gunung Rinjani dengan helikopter sebelum diterbangkan ke Bali. (Gambar: SAR Mataram)

Diterbitkan : 26 May 2026 09:37PM
JAKARTA: Seorang wanita warga Malaysia yang mengalami kecederaan parah selepas terjatuh ketika menuruni Gunung Rinjani di Nusa Tenggara Barat, Indonesia, berjaya dipindahkan dengan helikopter ke sebuah hospital di Bali.

Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) dalam satu kenyataan memaklumkan 
pendaki itu diselamatkan pada pagi Selasa (26 Mei) selepas cuaca buruk menangguhkan operasi menyelamat semalaman.

Menurut agensi itu, wanita tersebut mengalamikecederaan parah sehingga menyebabkannya tidak dapat bergerak dan pada mulanya dipindahkan oleh malim ke Pelawangan 2 Sembalun sebelum anggota penyelamat tiba di tempat kejadian.

“Bertindak balas atas laporan yang diterima pada Isnin, para anggota penyelamat dari pos penyelamat Kayangan dan Pejabat SAR Mataram segera dikerahkan ke lokasi. Bagi mempercepat 
proses pemindahan, sebuah helikopter yang dikendalikan oleh PT SGi Air Bali telah dihantar terus dari Bali," menurut agensi itu.

Ketua Pejabat SAR Mataram Muhamad Hariyadi yang berkhidmat sebagai Penyelaras Misi SAR berkata pemindahan udara terpaksa ditangguhkan lebih awal, berikutan keadaan kabus tebal dan jarak penglihatan rendah di kawasan pergunungan, dan hanya disambung semula selepas jarak penglihatan diisytiharkan selamat.

“Selepas persiapan pemindahan selesai, mangsa segera dipindahkan ke dalam helikopter yang berlepas dari Pelawangan 2 menuju ke Bali pada 8.17 pagi waktu tempatan.

“Helikopter itu mendarat di helipad Benoa di Bali pada 9.05 pagi waktu tempatan, sebelum mangsa dirujuk ke Hospital Inmedika Sanur di Bali untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita