Skip to main content

Dunia

Wanita lemas jatuh longkang sedalam 3 meter di Johor

Seorang wanita warga tempatan ditemukan mati lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang sedalam tiga meter di Jalan Setia, Kampung Contoh dekat Kluang tengah hari Sabtu (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita lemas jatuh longkang sedalam 3 meter di Johor

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 02 Jan 2021 10:35PM

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga tempatan ditemukan mati lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang sedalam tiga meter di Jalan Setia, Kampung Contoh dekat Kluang tengah hari Sabtu (2 Jan).

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang PBK II Shamsul Amri Mohd Shahab berkata mangsa, Halijah Majid, 59, dikatakan terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi air itu kira-kira 12.30 tengah hari.

Beliau berkata sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

“Mangsa dibawa naik ke kawasan yang selamat oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia, menurutnya dalam satu kenyataan.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita