Wanita kini dilarang masuk taman hiburan di Afghanistan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Rahmat Gul/AP)
KABUL: Wanita Afghanistan dihalang masuk ke dalam taman hiburan di Kabul pada Rabu (9 Nov) selepas Kementerian Tatatertib Taliban menguatkuasakan sekatan terhadap wanita untuk masuk ke taman awam.
Seorang jurucakap Kementerian Penyebaran Kebajikan dan Pencegahan Maksiat (MPVPV) mengesahkan bahawa wanita akan disekat daripada memasuki taman hiburan, lapor Reuters.
Namun MPVPV tidak memberikan maklumat lanjut.
Ia tidak jelas sejauh mana sekatan itu dikuatkuasakan dan bagaimana ia menjejas perintahan sebelum ini daripada MPVPV yang menyatakan taman hiburan termasuk kawasan terbuka harus diasingkan mengikut jantina dan hari-hari tertentu akan diperuntukkan untuk wanita.
Di taman hiburan Kabul yang lengkap dengan permainan seperti kereta bumper dan roda Ferris, Reuters menyaksikan beberapa wanita disuruh pulang oleh pegawai taman haiwan. Ejen Taliban juga turut hadir untuk memerhati keadaan.
Masooma, seorang penduduk Kabul yang meminta hanya nama pertamanya disiarkan atas sebab keselamatan, merancang untuk membawa cucunya melawat taman itu tetapi dilarang masuk.
Dua pengendali taman hiburan yang meminta enggan dikenali untuk bercakap mengenai perkara sensitif menyatakan mereka dimaklumkan oleh pegawai Taliban untuk tidak membenarkan wanita memasuki taman hiburan itu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.