Wanita, kanak-kanak Pakistan makin terdedah kepada penyakit bawaan air bah

(Gambar: Rizwan Tabassum/AFP)
KARACHI: Di Pakistan yang dilanda banjir meluas, kaum wanita dan kanak-kanak kini semakin terdedah kepada pelbagai risiko.
Ini sedang ribuan mangsa banjir menghadapi pelbagai penyakit yang dibawa oleh air, lapor Reuters.
Dalam pada itu, seramai 3.4 juta kanak-kanak di Pakistan memerlukan bantuan segera untuk terus hidup, menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
Kebanyakan wilayah yang ditenggelami air kini berdepan dengan penularan malaria, denggi, cirit-birit dan demam kepialu akibat air yang bertakung.
Pakistan juga mungkin memerlukan dua hingga enam bulan sebelum air banjir benar-benar surut.
Selain kesihatan mereka yang terjejas, ramai kaum ibu yang kekurangan makanan serta tidak dapat menyusukan bayi mereka yang kini mengalami masalah berat badan.
Para mangsa banjir turut mengeluh bahawa pusat-pusat kesihatan sementara tidak mempunyai tenaga perawat serta bekalan ubat yang mencukupi.
Pihak agensi kanak-kanak PBB (UNICEF) menyifatkan keadaan di Pakistan sebagai semakin meruncing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.